MIL tersayang
Sebentar tadi, Pak Incik dan Mak Incik telah berpoya-poya bersama dengan anak dan mak mertua tersayang di anak tangga tepi bangunan durian gergasi yang diberi nama Esplanade bagi menyaksikan pesta terkinja-kinja anak-anak muda zaman dah takde mana nak pegi dah sebab semua kedai dah tutup. Kegiatan berpeleseran ini adalah kesinambungan dari budaya lepak yang berleluasa di mana mana pusat-pusat membeli belah sementelah jualan mega murah masih berlangsung.Memandangkan malam masih muda, pipit-pipit dan murai-murai ini masih belum mahu pulang lagi ke rumah burung berjenama HDB lalu melepaklah di sini.
Memandangkan kebanyakan jalan-jalan ditutup sementara raptai hari kebangsaan sedang berlangsung di kebanyakan lokasi umum, perjalanan Pak Incik, Mak Incik sekeluarga ke arah muara di mana Si Durian terjelepuk itu ada sedikit kemacetan. Kami hanya sampai disitu tepat pukul 10 sipi-sipi sebelum bermulanya permainan band gerek bernama Dancing Nancies, nama sempena lagu Dave Matthews. Gerek sebab members yang main la beb! Jadi tak lah di kira kerugian sepenuhnya. Suasana di situ semacam kenduri kawin saja gamaknya, sebab, mak oii, ramainya Melayu. Yang nampak macam baru balik kebret pun ada, baru balik mengaji pun ada. Termasuklah Mak Incik dan Pak Incik kamu nih....Walaupun kesemputan sebab terpaksa parkir dekat Marina Promenade akibat jalan Tok Raffles kamu tu tutup, dan berjalan kaki di pesisiran sampai la nun kat Esepelenade hapekebenda tu(Baca ni buat le intonasi opoh hang siket iye?) Cik Esah kita tu, apa lagi, nampak je permukaan luas terbentang, mula la dia mengelinjang ke hulu ke hilior macam tak pernah lepas kandang. Pueh le teman ngejornya, yop.

Ate sampai je kat situ, band baru nak main kan, wah rasa macam star la pulak, kita sampai baru deme buka spotlight apa kebende. Wah, Mak Incik kamu bukannya biasa sangat tengok konsert monsert orang muda-muda ni sejak dah tua ni kan. Terhenjut-henjut la jugak dengan cara tak sengaja tu. Nasib baik ingat mak mertua ada kat sebelah, kalau idak, eeeeeeeeiii...Pandai jugak Si Royhan dan kawan2 tu main eh. Cuma satu je nak komen, bebudak kat sini tengok konsert duduk..ontok yo. Nak tepuk pun macam tak makan sebulan. Kalau nak bandingkan penonton live AF jauh satay dari arang. Budak-budak sini berdisiplin agaknya, nak berseronok pun tak berani kot eh? Takut kena , fine. Bukankah Singapore ini sebuah FINE CITY?
Abih Mak Incik kamu ni kan bawak anak kecik, terpaksa la berdiri jauh-jauh, mana la tahu kuat bebenor speaker tu karang, Cik Esah kamu ni kena tympanic perforation kang cemana la pulak eh?
Abih tu kita yang duduk kat tangga tu takkan la tak bergambar ye dak? Susah betul nak synchro senyuman Cik Esah kita tu. Mak Incik kamu pulak payah nak senyum betul-betul pasal, mak oih panasnya la duduk tepi laut malam-malam buta ni.Berpeluh-peluh dibuatnya. Pandang-pandang keliling ramai jugak mak incik-mak incik macam kita bawak anak. Cari-cari jugak geng bloggers, CK yang patutnya kalau sempat nak jumpa kat situ jugak, kebetulan menghala ke durian yang sama. Apakan daya, CK dan kuncu-kuncunya dikhayalkan dik anasir-anasir halucinogenic kat Orchard Road tu. Tu mesti belek handbag dan kasut tu eh CK? Abih dah le banyak jalan tutup, teksi pun mabuk nak cari jalan yang buka ye tak? Dah puas dengar dan tengok orang main gitar keluar bunyik sitar kita pun beransur lah masuk dlam durian tu, tengok kot-kot ada apa2 yang menarik. Mak Incik kamu sekilas pandang aje nampak susunan berkilau-kilauan telur-telur kristal seakan-akan Faberge eggs, tapi bukan lah. Paling mahal pun SGD120 aje, ikutkan hati aihh aku sambar jugak labu comel tu, bentuk katak pun ada...sabar Mak Incik sabar...Nampak pulak chocolate bar, tengok-tengok menu, banyak yg berkhimar dari yang boleh makan. Gostan.
Mak Mertua tersayang tak melepaskan peluang mengambil gambar dengan ukiran ah pek menyangkung atas bangku(gambar dia atas nun)
Malam pun makin lanjut, dan Cik Esah pun dah terkuap-kuap, terpaksalah kita beransur balik. CK kita menelefon bila kita baru masuk highway. InsyaAllah ada rezeki, ada umur, ada jodoh nak jumpa, kita cuba lagi untuk bertemu esok di Jalan Dusun ya?
Nah, Pak Incik pun sudah berlayar ke Negara La-La, Cik Esah kamu dari dalam kereta dah hanyut. Mak Incik kamu ni apa halnya terkebil-kebil lagi tak ngantuk lagi ni? Nasib baik ada SI Ayu. Okaylah, Mak Incik nak berpeleseran kat blog orang lain pulak mengkala kata takmo tidoq ni kan.
Permisio...
No comments:
Post a Comment