Tuesday, August 02, 2005

Pengumuman

Pasting this on behalf of a fellow puisi-relayist , Dzan who has initiated a Bahasa Melayu Bahasa Serantau projek. Please read the following:

WelCome to Project Cermin : Sejuta Puisi (suara pandu dan hidup serantau)
by cermin on August 2, 2005 11:10AM (MYT)
Project : Cermin – Sejuta Puisi (suara pandu dan hidup Serantau)
Salam Sejahtera,
Ini adalah surat terbuka untuk semua para pengkarya – yang mapan, mahu pun yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Sama ada karya anda pernah atau belum pernah disiarkan dimana media cetak, anda dijemput bergabung dalam usaha ini. Yang penting anda punya kemahuan untuk menyumbang dalam usaha ini, langsung berpeluang mecetak karya anda.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan dikesempatan yang lalu, saya bercita-cita untuk menghasil sebuah Antologi atau Himpunan Puisi bersama seorang sahabat yang merupakan Penulis dan juga Penerbit diMalaysia. Ini adalah usaha pemangkin (spring board) dalam menyemarakkan penghasilan puisi bermutu dirantau ini.
Anggaplah usaha ini sebagai USAHA BERSAMA. Jadi jangan malu-malu untuk bergabung atau bertegur tentang cacat celanya. Kita harus menghasilkan bahan yang terbaik.
Projek Cermin
Projek ini yang saya namakan Cermin - adalah sebagai judul asas siri buku-buku yang bakal diterbitkan. Walaupun ini usaha pertama, hendaknya bukan yang terakhir.
Justeru itu, usaha pertama ini saya (sepakat dengan Sdr Hasan dari Sejuta puisi) judulkan

Cermin – Sejuta Puisi (suara pandu dan hidup Serantau)
Ia akan diselengarakan bersama oleh:
a. Ramdzan Minhat (johor malaysia) selaku Penyelaras ramdzan_minhat@yahoo.com
b. Hasan Ashapani (batam Indonesia) selaku Penyunting hasanaspahani@yahoo.com
Ia bakal menjadi titik tolak untuk projek seterusnya. Di kesempatan yang pertaman ini, kita akan membukukan Kumpulan / Antologi Puisi serantau (Singapura, Indonesia dan Malaysia). Dan buku ini juga bakal memuatkan Panduan (Ringkas atau sebaliknya) dalam mengarang dan menghasilkan Puisi.

Keinginan ini terdorong sejak lama sebelum saya bergabung dengan egroup SEJUTA PUISI yg dikelolakan oleh Sdr. Hasan. Dan bila sudah bergabung, saya dapati reaksi sumbangan dari pembaca dan pengkarya di SEJUTA PUISI begitu memberangsangkan.

Adalah sia-sia jika hasil karya itu tidak dibukukan. Tambahan lagi ada banyak keinginan dari pembaca yang mahu berilmu menghasilkan puisi. Saya yakin, masih banyak karya-karya yang baik hanya tersimpan dan diselitkan dibawah bantal atau dicorong-corong BLOG. Kalaulah esok INTERNET terus mati, berkuburlah segala karya indah yg telah disumbangkan.
Matlamat Cermin

Menggalakkan penulis terus berkarya Kreatif dan Intelektual di media cetak
Memperkayakan dan memertabatkan Lingua Bahasa Serantau
Menyumbang and memangkinkan masyarakat untuk terus peka dengan kesusasteraan serantau dan tatacara yang sama tapi berbeza
Membentuk dan meyampaikan maksud sejagat yang jitu pada umum.
Menghasilkan bukan sekadar buku KREATIF, tapi juga buku ILMU untuk penyumbang dan pembaca.

Peraturan Untuk Projek Cermin :

Berbahasa Melayu / Indonesia
Terbuka kepada sesiapa saja - yg mapan mahu pun yg baru berjinak-jinak
Jangan mencarut (vulgar) atau menyalahi undang-undang.
Untuk projek ini, hanya untuk genre Puisi, Pantun, Prosa, Perumpamaan dan Bidalan yang Asli dan milik sendiri.
Karya disumbang mesti belum pernah di terbitkan di mana-mana media cetak di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia atau dimana pun.
Kalau pernah diterbit di Internet, itu tidak mengapa.
Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

No comments: